PROFIL

Mengenai Kami

Pengenalan tentang Surau Ar-Rahman , Jalan Seksyen 2/20, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

Maklumat Umum

Tujuan Penubuhan:

1.Menyediakan tempat ibadah yang selesa untuk masyarakat setempat.
2.Menjadi pusat aktiviti keagamaan dan sosial untuk komuniti Muslim di kawasan Taman Perumahan Citra dan sekitarnya.

Kemudahan:

1.Ruang solat utama dengan kapasiti yang mencukupi untuk jemaah.
2.Kawasan wuduk yang bersih dan lengkap.
3.Tempat letak kereta untuk kemudahan jemaah.
4.Ruang serbaguna untuk majlis keagamaan, kelas pengajian, dan aktiviti komuniti.

Jawatankuasa Pengurusan Surau:

1.Terdiri daripada ahli-ahli sukarelawan tempatan yang dipilih melalui mesyuarat komuniti.
2.Bertanggungjawab terhadap pengurusan harian, penyelenggaraan surau, serta pelaksanaan program.

Aktiviti & Program Utama

Solat Berjemaah:
Solat fardu lima waktu dan solat Jumaat (jika diwartakan).

Kelas Pengajian:
Kelas agama seperti tajwid, tafsir Al-Quran, dan pengajian hadis.

Kuliah Maghrib & Subuh:
Ceramah agama daripada ustaz jemputan.

Majlis Sambutan:
Sambutan Maulidur Rasul, iftar Ramadan, dan Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti Sosial:
Gotong-royong, bantuan kepada fakir miskin, dan program derma darah.

Waktu Operasi:
Surau dibuka setiap hari, seiring dengan waktu solat.

Maklumat Tambahan:

Sekiranya terdapat keperluan untuk maklumat lanjut atau ingin menyumbang kepada Surau Ar Rahman, komuniti digalakkan menghubungi jawatankuasa pengurusan secara langsung melalui wakil setempat.

Kata Aluan Penasihat

Segala kepujian bagi Allah S.W.T.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.

Muslimin dan Muslimat,

Sebaik Nabi Muhammad (SAW) tiba di Madinah dari Mekah, bagina memilih tapak masjid Nabawi yang dimiliki Bani An-Najjar. Sabda Baginda (SAW):

“يا بني النجار، ثامنوني حائطكم هذا”
bermaksud, “Wahai ani An-Najjar, hargakan bagiku tanah ini?” Jawab mereka:

“لا والله يا رسول الله، لا نطلب ثمنة إلا من الله”
bermaksud, “Tidak sekali, demi Allah! Wahai Rasulullah, kami tidak meminta harganya melainkan dari Allah!” (Riwayat al-Bukhari).

Dengan jawapan Bani An-Najjar itu maka berlakulah waqaf masjid yang kedua dalam Islam setelah waqaf pertama berberapa hari sebelumnya di Masjid Quba’.

Apabila orang Islam semakin ramai dan Masjid Nabawi tidak dapat lagi menampung bilangan jemaah, Nabi (saw) bersabda:

“من يشتري بقعة ال فلان فيزيدها فى المسجد بخير منها فى الجنة”
bermaksud, “Siapakah yang akan membeli sekeping tanah keluarga fulan dan menambahnya kepada Masjid Nabawi dengan balasan yang lebih baik dalam syurga?” Saidina Othman bin Affan telah mendahului para Sahabah membeli tanah tersebut dengan nilai dua puluh lima ribu dirham dan diwaqafkan bagi pembersaran Masjid Nabawi (Riwayat at-Tirmidhi dan An-Nasai’).

Demikianlah para Sahabah Nabi (saw) berlumba-lumba untuk berwaqaf. Waqaf merupakan jenis sedekah yang paling bermanfaat, afdhal dan paling tinggi ganjarannya di sisi Allah Taala. Sahabi Jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa tiada seorang pun dari para Sahabah Nabi (saw), Muhajjirin mahupun Ansar yang ada kudrat untuk berwaqaf melainkan telah berwaqaf. Berkata Imam As-Syafie bahawa beliau telah dimaklumkan terdapat seramai 80 orang Sahabah Nabi Muhammad (SAW) dari kalangan Ansar yang telah berwaqaf.

Harta yang diwaqaf adalah sedekah jariah yang dinyatakan dalam Hadith iwayat Muslim:

“إذا مات العبد أنقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولدصالح يدعو له”
bermaksud, “Apabila meninggal seseorang hamba itu terputuslah amalannya melainkan tiga perkara-sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakan.”

Waqaf membina masjid dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada ummat sejagat dan masyarakat setempat apabila masjid bukan sahaja menjadi pusat menunaikan solat dan ibadat, malah boleh menjadi pusat ilmu, pusat dakwah, pusat kesihatan, pusat riadah, dan pusat pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Sedekah tidak akan mengurangkan harta kita seperti sabda Nabi Muhammad (SAW) Riwayat Muslim:

“ما نقصت صدقة من مال”
yang bermaksud, “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta.”

Waqaf adalah sedekah yang paling bermanfaat, afdhal dan paling tinggi ganjarannya di sisi Allah Taala serta tidak mengurangkan harta barang kita sedikit pun.

Selamat berwaqaf!

Kata Aluan Pengerusi

Assalamualaikum W.B.T

Saya doakan semua Muslimin & Muslimat berada di bawah Rahmat dan Kasih Sayang Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, makan Allah S.W.T akan melaksanakan hajatnya dan sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang muslim, maka Allah S.W.T akan melapangkan kesukarannya si Hari Kiamat!

Adalah menjadi hajat lebih 20,000 penduduk di Taman Perumahan Citra, Taman Kajang Utama, Kajang untuk memelikit sebuah masjid sebagai pusat Ibadah berjemaah selain sebagai pusat penyatuan masyarakat. Kita sedia maklum, Masjid bukan hanya tempat untuk bersolat, tetapi fungsi masjid adalah lebih dari itu! Justeru, dengan adanya Surau di Taman Perumahan Citra, Taman Kajang Utama, Kajang, ia bakal menjadi pusat menyemai benih-benih Iman serta ketaqwaan selain ia juga akan menjadi pusat menyemarakkan semnagat persaudaraan serta kemasyarakatan di kalangan penduduk setempat.

Dikenali dengan Surau Ar Rahman, Surau ini bakal menjadi mercu tanda Islam di Taman Perumahan Citra, Taman Kajang Utama, Kajang dan kawasan sekitarnya.

Saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Allah dan memanjangkan ucapan terima kasih saya kepada semua yang telah bermurah hati dengan sepenuh keikhlasan menyumbang kepada Tabung Pembangunan Surau Ar Rahman.

Sumbangan anda semua adalah nadi utama kepada merealisasikan pembangnan Surau Ar Rahman ini. Kami mengharapkan sumbangan yang berterusan daripada semua pihak terutama sekali daripada Badan-badan Korporat serta Badan-badan NGO.

Sesungguhnya, inilah pelaburan akhirat yang akan kita idam-idamkan selama ini! Bayangkan pahala akan menderu-deru masuk setiap kali manusia bersujud di dalam masjid ini, setiap ayal Al-Quran yang dibaca dan dihafal serta setiap amalan kebaikan yang diamalkan oleh para jemaah, anda turut mendapat pahala selama-lamanya. Semoga sumbangan anda diberkati Allah S.W.T.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan

MOHD_HASBULLAH_BIN_HJ_AHMAD_PENGERUSI_-removebg-preview

Pengerusi

MOHD HASBULLAH BIN HJ AHMAD

ZAILANI_BIN_SABALUDIN_TIMBALAN_PENGERUSI_-removebg-preview

Timbalan Pengerusi

ZAILANI BIN SABALUDIN

MUHAMMAD_FAIS_BIN_MOHAMAD_NOR_LOK__SETIAUSAHA_-removebg-preview

Setiausaha

MUHAMMAD FAIS BIN MOHAMAD NOR LOK

ALAMSYAH_BIN_GUNTUR__BENDAHARI_-removebg-preview

Bendahari

ALAMSYAH BIN GUNTUR

MUHAMMAD_RAZALI_BIN_SUKIRMAN__PEN._BENDAHARI_-removebg-preview (2)

Penolong Bendahari

MUHAMMAD RAZALI BIN SUKIRMAN

ANUAR_BIN_SHAFI__AJK_PEMBANGUNAN_-removebg-preview

AJK Pembangunan

ANUAR BIN SHAFI

AHMAD_TARMIZI_BIN_ABDUL_MUTALIB__AJK_KEBAJIKAN_-removebg-preview

AJK Kebajikan

AHMAD TARMIZI BIN ABDUL MUTALIB

MOHD_SHAFIE_BIN_MAT_ISA__AJK_DAPUR_-removebg-preview

AJK Dapur

MOHD SHAFIE BIN MAT ISA

ZAINOON_BINTI_ABD_RAHMAN__PENGURUS_JENAZAH_MUSLIMAT_-removebg-preview

AJK Pengurus Jenazah Wanita

ZAINOON BINTI ABD RAHMAN

MUHAMMAD_KHAIRUL_ANWAR_BIN_MOHD_ZAMBRI__WAKIL_PEMUDA_-removebg-preview

Wakil Pemuda

MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMBRI

ROZILA_BINTI_MOHD_NOR__WAKIL_MUSLIMAT_-removebg-preview (1)

Wakil Muslimat

ROZILA BINTI MOHD NOR

TENGKU_A_RAHIM_BIN_TENGKU_YUSOFF_PEMERIKSA_KIRA-KIRA_I_-removebg-preview

Pemeriksa Kira-Kira 1

TENGKU A RAHIM BIN TENGKU YUSOFF

HADIS_BIN_SUDIN__PEMERIKSA_KIRA-KIRA_II_-removebg-preview

Pemeriksa Kira-Kira 2

HADIS BIN SUDIN

Ahli Jawatankuasa Operasi

NASRUDIN_BIN_MOHAMED__IMAM_1_-removebg-preview

Imam 1

NASRUDIN BIN MOHAMED

MOHAMMAD_ZAMRI_BIN_HAMSIR__BILAL_1_-removebg-preview

Bilal 1

MOHAMMAD ZAMRI BIN HAMSIR

ABDUL_HALIM_BIN_OMAR__SIAK_1_-removebg-preview

Siak 1

ABDUL HALIM BIN OMAR

HJ_WAN_ZUZAKI_BIN_WAN_AB_HAMID__IMAM_2_-removebg-preview

Imam 2

HJ WAN ZUZAKI BIN WAN AB HAMID

MOHD_SUHAIMI_BIN_TAHA__BILAL_2_-removebg-preview

Bilal 2

MOHD SUHAIMI BIN TAHA

JUHARI_BIN_ISMAIL_SIAK_2_-removebg-preview

Siak 2

JUHARI BIN ISMAIL

JOM INFAQ SEKARANG

Infaklah agar saham pahala ini akan berterusan mengalir akaun akhirat yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda ke atas setiap amalan yang kita lakukan.

Kutipan Dana Pembinaan Surau Ar-Rahman

RM10.00RM2,000.00

SKU: N/A Category:

Description

Kos Pembangunan
Progress
Jumlah Kutipan Setakat ini
Dana yang masih diperlukan

Additional information

Sumbangan

RM10, RM20, RM50, RM100, RM200, RM500, RM1000, RM2000